'Umpama anak derhaka!' pemuda ancam bunuh ibu bapa, pukul kakak kandung


  • Benua
  • Khamis, 29 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki yang didakwa melakukan kekerasan kepada kakaknya dan mengugut bunuh kedua ibu bapanya.

SETIAP ibu bapa mengimpikan sebuah keluarga bahagia di samping anak-anak yang mampu membalas jasa mereka apabila meningkat dewasa kelak.

Namun pada ketika ini, kita sering disajikan dengan berita anak derhaka yang sering terpalit dengan isu pukul dan dera ibu bapa sendiri.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian di laman Instagram @ndorobei.official yang memaparkan tindakan ganas seorang pemuda memukul kakaknya serta mengancam bunuh ibu bapanya di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.

Menurut perakam video, lelaki berkenaan sering mengugut kedua ibu bapanya dan melakukan beberapa perbuatan jenayah.

Bukti kes penderaan dilakukan pemuda terbabit boleh dilihat di penghujung video apabila kakaknya mengalami beberapa kesan lebam dan luka di muka.

Pipi dan mata mangsa bengkak dan hidungnya juga mengalami kesan luka berdarah akibat dipukul.

Difahamkan, lelaki itu kerap memberikan ugutan bunuh kepada ibu bapanya namun tiada laporan polis dibuat oleh pihak keluarga kerana terlampau takut kepada pemuda terbabit.

Menerima lebih 32,000 jumlah tontonan, video itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Renymartiana berpendapat, kejadian seperti itu berpunca daripada ibu bapa yang terlampau memanjakan anak-anak sewaktu kecil.

“Kejadian itu biasa berlaku kerana ibu bapa yang memanjakan anak-anak ketika kecil, akibatnya mereka membesar dengan teruk, malas bekerja dan bersikap panas baran,” katanya.

“Lelaki itu sudah tidak boleh berfikir dengan waras, macam mana la ibu bapa dia mengajar sewaktu kecil,” jelas caturapri.

“Laporkan sahaja kepada pihak polis, lebih baik dia dipenjarakan daripada menyusahkan ibu bapa,” tambah sofyanrenditri.

Beberapa warganet dilihat turut kongsikan video berkenaan ke akaun rasmi pihak polis dan juga penguatkuasa untuk siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram