[VIDEO] Macam filem KKN Desa Penari, pengantin wanita histeria dirasuk atas pelamin


  • Benua
  • Jumaat, 30 Sep 2022

Tangkap layar yang menunjukkan pengantin wanita disyaki dirasuk ketika majlis perkahwinannya sedang berlangsung di sebuah daerah di Indonesia.

BERSANDING atas pelamin merupakan detik yang paling istimewa buat pasangan pengantin.

Ia boleh dikatakan satu momen indah yang tidak akan dilupakan seumur hidup.

Apabila berlangsungnya majlis akad nikah, tentunya pasangan pengantin berharap majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Namun, kadangkala apa yang diingini pada hari bahagia itu tidak semestinya seperti yang dirancang.

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan pengantin wanita disyaki histeria seperti dirasuk ketika majlis perkahwinannya sedang berlangsung di negara jiran, Indonesia.

Dalam video itu menunjukkan pasangan pengantin berkenaan berada di atas pelamin sebelum tiba-tiba wanita itu berkelakuan aneh.

Malah, kedua-dua tangannya juga dilihat seperti menggenggam sesuatu dan dia kemudiannya dilihat membongkokkan diri sambil meracau.

Panik melihat keadaannya seperti dirasuk seperti filem KKN Desa Penari, suami wanita itu bersama ahli keluarganya yang lain terus membawa wanita itu beredar dari pentas pelamin.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di Indonesia, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar insiden itu terjadi.

Pada masa sama, kesudahan apa yang terjadi terhadap mangsa selepas kejadian itu juga tidak diketahui setakat berita ini ditulis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram