[VIDEO] Sakan berdangdut sambil kejar duit sampai pentas runtuh


  • Benua
  • Khamis, 29 Sep 2022

Viral detik-detik panggung roboh saat sekumpulan wanita sedang asyik berjoget. — Agensi

TULAR di media sosial sebuah video mempertontonkan detik-detik panggung roboh akibat sekumpulan wanita asyik berjoget dengan iringan muzik dangdut di sebuah perkampungan di Indonesia pada Sabtu lalu.

Video dimulakan dengan seorang wanita berbaju jingga yang dipercayai seorang penyanyi berjoget sambil menari di tepi pentas sambil menghulurkan duit ke arah penonton.

Di atas pentas, terdapat sekumpulan wanita sedang menghulurkan tangan untuk mengambil duit yang berada di tangan penyanyi tersebut, selain sebahagian lagi wanita mengerumuni penyanyi itu.

Bersama wang yang masih ditangannya, penyanyi tersebut bergerak ke atas pentas yang telah pun menampung berat sekumpulan wanita asyik berjoget-joget.

Penyanyi tersebut sempat menghalangkan penonton tepi pentas daripada mengekorinya sehingga ke atas pentas, namun dia gagal kerana mereka tetap mahu wang ditangannya.

Video diakhiri dengan detik-detik runtuhnya pentas berserta keadaan wanita-wanita yang kelihatan tersenyum setelah jatuh.

Bagaimanapun lokasi tepat kejadian itu tidak dapat dipastikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram