TULAR di media sosial sejak petang Khamis satu klip video kejadian seorang remaja lelaki dipukul sekumpulan pelajar sekolah menengah.
Difahamkan insiden tersebut berlaku di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia.
Rakaman video berdurasi kurang seminit itu memaparkan seorang remaja lelaki ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh sekumpulan pelajar itu.
Lebih menyakitkan hati, pelajar sekolah menengah itu seolah-olah 'naik hantu' bertindak ganas dengan melanggar kepala remaja tersebut dengan tayar motosikal Yamaha RX King.
Turut kedengaran salah seorang suspek mengugut membunuh mangsa.
Malah perbuatan tanpa belas kasihan itu turut dirakam oleh seorang individu lain yang merupakan rakan sekolah mangsa.
Malah pelajar lain yang berada di tempat kejadian turut kedengaran ketawa melihat mangsa dipukul tanpa rasa bersalah.
Dalam video yang sama, mangsa dilihat cuba bangkit dari jatuh dan melawan.
"Kalau berani lawan kalau berani satu lawan satu, jangan bawa kawan," katanya.
Salah seorang pelajar tersebut kemudiannya dilihat pergi ke arah mangsa dan memukulnya sekali lagi.
Tidak dapat dipastikan keadaan mangsa setakat ini dan belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram