[VIDEO] Ibu hamil 5 bulan antara 3 kritikal, wanita mental mengamuk akhirnya duduk mencangkung


  • Benua
  • Jumaat, 23 Sep 2022

Tiga individu termasuk seorang wanita hamil kritikal selepas terlibat dalam insiden amukan tersebut di Jawa Barat, Indonesia pada Khamis. — Agensi

TINDAKAN seorang wanita dipercayai mempunyai masalah mental mengamuk menggunakan sebilah pisau ketika menaiki pengangkutan awam, menyebabkan tiga individu termasuk seorang wanita hamil bulan bulan parah dalam kejadian di Jawa Barat, Indonesia pada Khamis.

Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 33 saat yang memaparkan kekecohan selepas amukan wanita terbabit.

Menurut pemandu van yang dikenali sebagai Zaenal, kejadian berlaku ketika dia memandu van yang dinaiki dua wanita dan seorang lelaki.

WhatsApp Image 2022-09-23 at 8.17.56 PM (1)

Wanita disyaki pesakit mental yang mengamuk di dalam van di Indonesia.

"Saya tidak tahu mangsa mempunyai masalah mental dan ketika berada di hadapan sebuah pasar, suspek menaiki kenderaan dan mula bercakap seorang diri.

"Ketika dalam perjalanan, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan membuat kecoh menyebabkan semua penumpang panik. Dua wanita termasuk seorang yang hamil lima bulan telah melompat keluar dari kenderaan tersebut.

"Sseorang penumpang lelaki telah ditikam manakala dua wanita yang melompat keluar mengalami kecederaan parah kerana kenderaan dibawa laju ketika itu," katanya.

Menurut Zaenal, kejadian berlaku dengan pantas dan menyebabkan dia yang memandu van tersebut panik sehingga hampir kemalangan.

"Sebaik kenderaan berhenti, wanita terbabit bertindak melarikan diri sebelum ditahan orang ramai yang berada di kawasan itu.

Selepas dicekup, suspek hanya duduk mencangkung mendiamkan diri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Difahamkan, wanita hamil tersebut dikenali sebagai Rika Mulyani, 24, yang hamil lima bulan dan Lisnawati, 25, kini menerima rawatan di Hospital Tanjungsari selepas dilaporkan kritikal manakala keadaan mangsa lain belum dapat diketahui media tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ibu hamil, parah, wanita amuk, mental, pisau, van, indonesia,