Suspek culik bayi 7 bulan di stesen kereta api kini diburu


  • Benua
  • Rabu, 31 Ogos 2022

Tangkap layar video kejadian bayi diculik di sebuah stesen kereta api di India. — Agensi

SEORANG bayi berusia tujuh bulan menjadi mangsa culik ketika sedang tidur bersama ibunya di stesen kereta api Mathura, India.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Menerusi rakaman yang tular itu, penculik yang juga seorang lelaki ketika itu berjalan di antara bayi dan ibunya.

Selepas itu, dia berpatah balik dan dengan pantas mengangkat bayi tersebut sebelum melarikan diri ke arah kereta api.

Sementara itu, polis Mathura dalam satu kenyataan di Twitter memaklumkan yang pihaknya sedang berusaha mencari bayi berkenaan.

"Usaha giat sedang dijalankan untuk mengesan bayi tersebut termasuk menubuhkan satu pasukan khas," katanya.

Jelasnya, gambar penculik juga sudah mula diedarkan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk segera memaklumkan ke balai polis berdekatan.

Dalam pada itu, pihak kereta api juga sedang giat melakukan siasatan untuk menjejak penculik berkenaan yang dipercayai masih bersembunyi dalam negara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram