Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal bagi minggu pertama September


  • Primer
  • Rabu, 31 Ogos 2022

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu. — Gambar Hiasan

BERITA baik buat rakyat Malaysia apabila harga runcit petrol RON97 diumumkan kekal pada paras RM4.30 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 September.

Menerusi sebuah kenyataan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) turut mengumumkan bahawa harga RON95 juga dikekalkan pada paras RM2.05.

"Harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

Tambah MOF, kerajaan mengekalkan harga RON95 dan diesel meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram