GARA-GARA bengang tidak dapat membaik pulih telefon pintar, seorang remaja lelaki bertindak membelasah seorang wanita yang dipercayai pemilik kedai baru-baru ini.
Kejadian itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) premis kedai berkenaan yang berlokasi di Kecamatan Simpang Empat, Indonesia.
Menurut mangsa dikenali sebagai Lisda, suspek sebelum itu datang ke kedai untuk membaiki peranti pintarnya yang rosak.
"Telefon suspek tidak dapat diselamatkan kerana rosak teruk dan saya menyerahkan kembali peranti itu kepadanya.
"Namun, suspek berasa tidak berpuas hati dan terus melakukan kekerasan terhadap diri saya," katanya.
Terdahulu, dalam video itu menunjukkan remaja tersebut berbincang dengan Lisda sebelum mengamuk dan membelasahnya.
Suspek kelihatan berulang kali menumbuk muka mangsa dan turut merosakkan barang-barang di kedai tersebut.
Turut kelihatan seorang wanita lain cuba meleraikan pergaduhan itu.
Akibat daripada tumbukan suspek, Lisda mengalami kecederaan di muka dan badan.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan suspek terus ditahan pada hari yang sama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram