NASIB malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun apabila maut selepas dibaham seekor buaya pada Isnin.
Mangsa, Ernawaty Rambu Ana Nona ketika kejadian berada di Pantai Warambadi di Nusa Tenggara Timur, Indonesia dilaporkan maut di lokasi kejadian.
Kejadian tersebut disedari seorang penduduk kampung berdekatan selepas ibu mangsa, Elisabet Paji Lera meminta pertolongan orang ramai.
Difahamkan, seorang penduduk kampung, Ruben Raja Mina kemudian bersama beberapa orang rakannya telah berusaha mencari mangsa dengan menggunakan perahu.
Sehinggalah seorang lagi penduduk kampung, Ray Robo terlihat mangsa sedang digigit seekor buaya dan kemudian mereka cuba memukul haiwan itu.
Usaha tersebut berjaya selepas buaya itu melepaskan mangsa dan kakak mangsa, Milson Ratu Kore yang sendiri terjun ke laut untuk menyelamatkan adiknya.
Ketika dibawa ke persisir pantai, pasukan perubatan kemudian mengesahkan yang mangsa sudah meninggal dunia.
Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami luka gigitan di beberapa bahagian tubuh badan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram