Merpati dua sejoli dicekup, buat aksi terlarang dalam Axia di Danga Bay


  • Tular
  • Selasa, 09 Ogos 2022

Tangkap layar memaparkan pihak berkuasa sedang melakukan soal siasat terhadap pasangan tersebut.

TULAR sebuah video sejak Selasa mengenai sebuah kereta jenis Perodua Axia dikerumuni oleh pihak berkuasa, melibatkan pasangan kekasih yang didakwa melakukan aksi terlarang dalam kenderaan dan dipercayai berlaku di Danga Bay, Johor.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna laman aplikasi TikTok, kelihatan pihak berkuasa sedang melakukan soal siasat terhadap pasangan tersebut.

Berdasarkan video berdurasi lapan saat itu, kenderaan tersebut kelihatan diparkir jauh dari kawasan orang ramai dalam kejadian dipercayai berlaku pada Isnin.

Menerusi tinjauan komen di TikTok, orang ramai yang melalui kawasan tersebut pada Isnin berkongsi kisah tentang pasangan tersebut dan ada juga bertanya mengenai kejadian itu.

"Semalam lalu lepas itu nampak ramai-ramai anggota polis dekat kawasan itu, lepas nampak itu be like apa benda yang jadi," ujar Sicumil.

"Macam kereta yang sama dekat parking belakang kereta aku semalam, patut diam sahaja," jelas Yaapghty.

"Saja nak bagitahu kereta ini semua tempat dia pergi semalam, mungkin cari port yang menenangkan," kata Mexqaa.

"Ini bukan kereta yang kena tahan semalam ke? Sampai Danga Bay lepas itu macam pelik kenapa ramai polis dekat kereta itu," luah Exika109.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 3000 ribu tanda suka dan 80 komen di TikTok.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Danga Bay, Polis, Kantoi, Projek, Dalam Kereta