Melawan ketika ditahan, pencuri kelapa sawit mati ditembak


  • Benua
  • Khamis, 07 Jul 2022

Polis terpaksa melepaskan tembakan kepada pencuri kelapa sawit kerana enggan memberi kerjasama ketika cuba ditahan. — Agensi

SEORANG lelaki mati ditembak polis ketika sedang mencuri kelapa sawit.

Kejadian berlaku di Labuhanbatu Selatan, Sumetera Utara, Indonesia pada Rabu.

Ketua Polis Labuhanbatu, Rusdi Marzuki berkata, ketika kejadian, pihak polis sedang membuat rondaan di kawasan kebun kelapa sawit.

"Terdapat beberapa individu di dalam kawasan kebun tersebut yang didapati cuba mencuri kelapa sawit dan seorang daripadanya berjaya ditangkap.

"Namun, beberapa lagi rakannya cuba mengancam pihak berkuasa dengan senjata tajam dalam usaha untuk melepaskan diri," katanya.

Jelasnya, satu tembakan amaran telah dilepaskan memandangkan beberapa rakan suspek cuba bertindak ganas.

Namun, kesemua mereka tidak memberi kerjasama dan terus memberi ancaman sehingga polis terpaksa melepaskan tembakan hingga mengenai seorang daripada mereka.

"Pencuri yang cedera terkena tembakan kemudian telah dibawa ke hospital namun meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.

Tambahnya, seorang lagi pencuri yang berjaya ditahan kini sedang disoal siasat untuk mengesan rakannya yang lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram