PEMUDA Parti Bersatu Sabah (PBS) membuat laporan polis berhubung dua video yang mengandungi dakwaan bahawa Umno sebahagian daripada dalang dalam memberikan kad pengenalan kepada warga asing.
Ketua pemuda PBS, Christoper Mandut membuat laporan polis berikutan kemunculan video dengan dakwaan bahawa sebuah parti politik terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan Malaysia secara haram pada 1981.
Video pertama berdurasi dua minit dan 32 saat itu memaparkan temu bual dengan seorang lelaki yang mendakwa dia diminta menandatangani borang HRN3 kosong untuk mendapatkan kewarganegaraan.
Dalam vidio berkenaan, dia mendakwa Umno terlibat dalam memimpin, menyokong dan menggalakkan kegiatan itu sehingga menggelar parti tersebut sebagai pengkhianat.
Dalam video kedua, seorang wanita bernama Siti Aminah mendakwa dia mengumpulkan orang ramai dan mendapatkan gambar serta cap ibu jari mereka sebelum dihantar ke pejabat Umno.
Video berdurasi dua minit dan 16 saat itu turut menyaksikan Siti mendakwa proses itu secara automatik akan memberikan individu tersebut kad pengenalan dan keahlian Umno.
Rakaman itu dipercayai adalah adalah video lama yang disebarkan semula untuk tujuan politik.
Christopher berkata, mereka percaya dakwaan yang dibuat oleh dua individu itu perlu diambil perhatian.
“Selain video, kami juga menyerahkan transkrip untuk membantu polis dalam siasatan mereka,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Kinabalu pada Khamis. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
