SEORANG ibu ditangkap di rumahnya selepas didapati mengambil dadah ketika bayinya yang berusia sembilan bulan ada disisi.
Gambar keadaan rumah wanita itu yang tidak terurus dikongsi oleh laman Facebook CNB Drug Free SG pada Jumaat.
Menurut perkongsian tersebut, wanita itu merupakan ibu kepada bayi lelaki tersebut dan didakwa telah menggunakan dadah jenis methamphetamine.
"Keadaan lokasi dia mengambil dadah sangat teruk dan kita menemukan peralatan untuk menghisap dadah di ruangan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, ketika penahanan dilakukan, bayi tersebut telah dibawa ke balai polis dan dijaga sementara oleh pihak berkuasa.
Jelasnya, bayi itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) kerana ibunya tidak mampu menjaganya selain perlu dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC)
Tambahnya, situasi ini amat jarang berlaku di Singapura tetapi dalam masa sama menjadi peringatan yang jelas bahawa dadah boleh memusnahkan nyawa dan keluarga. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram