Sony Norde 'kempunan' ke Kedah, Selangor


  • Podium
  • Jumaat, 24 Jun 2022

Aksi Sony Norde (kiri) bersama Melaka United mendapat pujian penyokong.

PEMAIN Melaka United, Sony Norde dikhabarkan akan terus kekal bersama pasukannya apatah lagi tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan kelab terbaharunya dengan jendela perpindahan akan ditutup beberapa jam sahaja lagi.

Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun dari Haiti itu mengumumkan yang dia akan keluar daripada pasukannya kerana tidak gembira dan merancang untuk bersama beberapa pasukan lain.

Ketika itu, Norde memberitahu terdapat beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya termasuk kelab dari Indonesia.

Dua kelab yang disebut-sebut mahu mengambil Norde adalah Selangor dan Kedah.

MELAKA, 29 Okt -- Pemain Melaka United FC Sony Norde (kanan) cuma mendapatkan bola sambil diasak pemain Kelantan United FC Shuhei Fukai pada perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, malam ini.Keputusan seri 1-1 di separuh masa pertama.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebahagian daripada aksi Sony Norde ketika bersama Melaka United. — Facebook

Namun, kedua-dua pasukan itu mengakui yang mereka sudah mempunyai cukup pemain dan tidak berminat untuk menukar pemain sedia ada.

Sabah yang sebelum sebelum ini menyatakan minat pada terhadap Norde pada awal musim juga langsung tidak memberikan sebarang tawaran kepada pemain itu.

Kembalinya Norde ke Melaka United juga diperkuatkan dengan maklum balas daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Seri Justin Lim, yang menegaskan mereka tidak berhasrat untuk melepaskan Norde.

sony_norde_24112021

Sony Norde perlu mencari kelab di luar liga tempatan jika mahu keluar dari Melaka United. — Facebook

"Kami tidak bercadang untuk melepaskan Norde, namun kalau dia benar-benar mahu pergi dan kami terpaksa melepaskannya, dia tidak boleh bermain dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia. Itu adalah syarat yang dipersetujui sebelum ini," katanya.

Dalam sembilan penampilan bersama Melaka United pada musim ini, pemain tengah itu hanya menjaringkan satu gol dan menyumbang dua bantuan gol.

Perkara itu sudah pasti menyukarkan Norde untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya apatah lagi ketika mengumumkan mahu keluar dari Melaka United, dia memaklumkan masih mahu kekal dalam liga tempatan.

Jadi, keputusan itu membuatkan Norde tidak mempunyai pilihan yang lain iaitu keluar dan beraksi di liga luar atau terus bersama dengan Melaka United. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram