Kes kematian Nour Rania Asyifaa, polis siasat pelbagai sudut


  • 112
  • Jumaat, 24 Jun 2022

'Baby Syifaa' didapati meninggal dunia di rumah pengasuhnya.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan secara menyeluruh berhubung kes kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan, ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan di Seremban, Negeri Sembilan pada Februari lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, siasatan merangkumi keterangan saksi mahupun teknikal, dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan sehingga ke pihak Peguam Negara. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Arahan telah diberi oleh pihak Peguam Negara supaya inkues diadakan untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ruslan berkata, kes untuk pendengaran inkues telah ditetapkan pada 29 Jun ini.

Media tempatan melaporkan isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kerajaan untuk menyiasat semula kes kematian ‘Baby Syifaa’. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram