Pesanan 'tambahan' selamatkan wanita jadi mangsa culik


  • Benua
  • Jumaat, 24 Jun 2022

SEORANG wanita terselamat daripada menjadi mangsa culik selepas menghantar nota 'tambahan' pada pesanan penghantaran makanan.

Pekerja di Chipper Truck Cafe akui terkejut apabila menerima arahan yang mengandungi 'Sila hubungi polis' pada ruangan pesanan tambahan.

Menurut laporan media, kakitangan di kedai makan di Yonkers, New York, Amerika Syarikat tidak tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi pemiliknya mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis.

Sehari selepas kejadian, individu dikenali sebagai Kemoy Royal, 32, ditangkap atas kesalahan menculik wanita berusia 24 tahun.

0_woman

Nota yang ditinggalkan mangsa di ruangan pesanan tambahan berjaya menyelamatkan dirinya. — Agensi

"Walaupun mesej yang ditinggalkan agak mengelirukan, namun beruntung kakitangan bertindak segera dan memaklumkan kepada pihak berkuasa," jelas polis.

Sementara itu, kakitangan restoran, Alicia Berme berkata, kebiasaannya pelanggan akan meninggalkan pesanan sama ada inginkan makanan tambahan atau tidak.

"Kami menerima kiriman pesanan sarapan sandwic Ireland dan burger keju dengan pesanan, sila hubungi polis, dia akan menghubungi saya, apabila anda membuat penghantaran datang dengan berpura-pura, tolong jangan mempamerkan reaksi ketara.

"Jujur kami tidak pernah menerima pesanan seperti ini dan ia merupakan satu perkara yang luar biasa," jelasnya.

Kakitangan kemudian menyediakan pesanan tersebut dengan menghantarkannya seperti biasa.

"Seorang detektif ada menghubungi dan memberitahu gadis itu selamat dan ia berita menggembirakan," tambahnya.

0_woman (2)

Wanita berusia 24 tahun itu diselamatkan selepas menghantar nota kepada Chipper Truck Cafe. — Agensi

Mangsa membuat pesanan makanan dengan menggunakan aplikasi Grubhub sekitar pukul 5 pagi dan berjaya diselamatkan selepas menjadi tebusan selama lima jam. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram