Kuat kritik parti punca Tajuddin digugur ahli MKT Umno


  • Politik
  • Jumaat, 24 Jun 2022

Ahmad Zahid (dua, kanan) menyempurnakan simbolik perasmian 'BN Youth Job Fair 2022' di WTC KL, pada Jumaat. — Sinar Harian

DUTA Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno disebabkan sikap beliau yang lantang mengkritik parti.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kritikan itu dibuat menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan 'Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair 2022' di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Jumaat. — Sinar Harian

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tajuddin, digugurkan, MKT, Umno, Zahid Hamidi, kritik