Pesawat persendirian bawa 22 penumpang dilaporkan hilang


  • Benua
  • Ahad, 29 Mei 2022

Jenis kapal terbang persendirian Tara Air yang hilang selepas dilaporkan berlepas dari bandar Pokhara, Nepal. — Agensi

SEBUAH pesawat persendirian yang membawa 22 penumpang dilaporkan hilang di Nepal.

Pesawat milik Tara Air itu berlepas dari bandar Pokhara, Nepal pada Ahad.

Pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Fanindra Mani Pokharel berkata, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

"Terdapat 19 penumpang dan tiga anak kapal di dalam pesawat itu," katanya.

Pesawat itu terputus hubungan pada pagi Ahad sejurus berlepas dari lapangan terbang.

Akhbar Kathmandu Post melaporkan, beberapa rakyat India turut berada di dalam pesawat itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram