Lelaki tikam bekas isteri enggan rujuk


  • Benua
  • Jumaat, 20 Mei 2022

Lelaki itu menikam isterinya di bahagian muka, lengan dan perut kerana wanita itu enggan rujuk kembali bersamanya. — Agensi

HANYA kerana tidak bersetuju untuk kembali hidup berumah tangga, seorang suami tergamak menikam bekas isterinya dalam kejadian di Jember, Jawa Timur, Indonesia pada Khamis.

Suspek yang berusia 40 tahun telah menikam bekas isterinya yang dikenali sebagai Tutik (37) di perut, tangan dan muka.

Ketua Polis Daerah Jember, AKP Istiano berkata, mangsa berada dalam keadaan parah dan kini masih dirawat di hospital.

"Selepas suspek menikam bekas isterinya, dia telah melarikan diri dan cuba bersembunyi namun kita berjaya kesan pada Jumaat.

"Motif kejadian adalah kerana bekas isterinya tidak mahu merujuk perkahwinan mereka kembali selepas mereka berpisah kira-kira dua bulan lalu akibat permasalahan keluarga," katanya.

Menurut Istiano, suspek sebelum itu sempat bertemu dan meminta maaf kepada mangsa atas apa yang berlaku sebelum itu dan mahu bekas isterinya kembali bersamanya.

Jelasnya, mangsa bagaimanapun enggan mengikut permintaan suspek yang kemudian membuatnya berang sebelum menikam wanita tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram