'Bukan penyokong Selangor je tak suka, satu Malaysia kecam kapten Harimau Muda'


  • Podium
  • Sabtu, 21 Mei 2022

Mukhairi Ajmal (kanan) sewaktu perlawanan bersama Vietnam yang menyaksikan skuad negara tewas 0-1. — Bernama

KEKALAHAN skuad Harimau Muda dalam aksi separuh akhir temasya Sukan SEA 2021 ke atas pasukan tuan rumah, Vietnam nampaknya mendapat kritikan pengikut bola sepak tempatan tanpa noktah sejak Khamis.

Ramai yang menyatakan bahawa terlalu banyak kelemahan termasuklah corak permainan pasukan yang perlu diperbaiki skuad kendalian Brad Maloney itu.

Antara pemain yang menjadi sasaran penyokong adalah kapten Harimau Muda, Mukhairi Ajmal yang juga pemain Selangor FC yang dilihat terlalu lemah dan sering melakukan kesilapan mudah.

Disebabkan itu, bukan saja dalam kalangan penyokong Selangor FC yang mengkritik persembahan hambar Mukhairi sejak sekian lama, malah satu Malaysia kini tidak putus-putus menghentam kapten Harimau Muda itu yang didesak kembali membuktikan kemampuan ketika berdepan cabaran Indonesia bagi penentuan pingat gangsa pada Ahad.

Seorang warganet, Che Mud berkata, Mukhairi sebenarnya boleh dianggap bermain dengan baik cuma gagal menyempurnakan sepakan percuma dengan baik.

71651872287_PemainSelangorFCM

Mukhairi Ajmal ketika beraksi untuk skuad Selangor FC. — Bernama

"Lain kali sepakan percuma depan gol jangan angkat. Sepakan asyik melambung sahaja. Mukhairi bukan pakar sepakan penalti," katanya.

Muhammad Aizat Naser pula berkata, Mukhairi memang tak mencapai peranannya dalam pasukan.

"Banyak hantaran dia tak sampai pada kawan dan tak selari langsung dengan jenis larian penyerang," katanya.

Mohd Nazri Abd Majid pula berkata, hantaran yang dilakukan Mukhairi boleh dianggap gagal.

Turut menyokong ialah Mustapa Kamal Kassim yang menyatakan bahawa pemain itu lambat nak membuat hantaran dan suka menyimpan bola terlalu lama.

Terdahulu sebelum aksi berdepan Vietnam, Mukhairi memberikan jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melakar kejutan terhadap tuan rumah, namun sayangnya ia hanya tinggal janji indah semata-mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram