'Aksi Harimau Muda-Garuda Muda ibarat final sebenar, lebih epik berbanding emas Sukan SEA'


  • Podium
  • Sabtu, 21 Mei 2022

Skuad Harimau Muda wajib menjinakkan Indonesia bagi menebus kehampaan gagal mara ke final temasya Sukan SEA kali ini. — Facebook

KEKALAHAN skuad Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi di tangan juara bertahan dan tuan rumah, Vietnam pada Khamis menyaksikan Malaysia bakal bertemu dengan musuh tradisi, Indonesia bagi penentuan pingat gangsa.

Skuad Sang Garuda Muda terlebih dulu tewas kepada Thailand pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Thien Truong dengan keputusan 0-1.

Rata-rata penyokong merasakan pertemuan antara Malaysia dan Indonesia itu bakal menampilkan aksi mendebarkan ibarat menonton final sebenar.

Hantaran poster perlawanan itu yang bakal berlangsung pada Ahad ini dan dimuat naik oleh Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dipenuhi komen-komen daripada peminat yang berasa teruja dengan pertemuan epik kedua-dua seteru utama serantau itu.

"Ini final sebenar bukan Thailand vs Vietnam..." kata Nur Muhammad Mustaffa.

netz garuda 2

netz garuda

garuda 3

Sebahagian komen penyokong terhadap pertemuan antara Malaysia dan Indonesia. — Facebook

Mujahid Mujibuddin pula berkata, perlawanan itu pasti dinanti-nantikan oleh para penyokong skuad kebangsaan.

"Inilah perlawanan yang dinantikan! Lupakan warna pingat! Kami mahukan aksi yang terbaik dan kurangkan drama dari pihak lawan! Anggap ini latihan sebelum Piala Asia U23 nanti!," katanya.

Sementara itu, Imran Hayat berkata, skuad Harimau Muda perlu menebus kekalahan lepas dengan Kemboja dan Vietnam bagi mengembalikan semula keyakinan dalam kalangan barisan anak buah Brad Maloney.

"Ayuh Malaysia, inilah masanya untuk menebus kekalahan Malaysia yang lepas. Kelebihan di pihak Malaysia. Walau hanya sekadar pingat gangsa tetapi lawan kita adalah Rival Abadi," katanya.

"Harap Presiden FAM (Datuk Hamidin Amin) dapat turun padang sekali lagi bertemu pemain. Aura dan ketokohan beliau amat diperlukan," kata Tarmizi Solusi pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram