KEMERIAHAN bulan Ramadan disambut di seluruh pelusuk dunia.
Bagi warga Liverpool di United Kingdom (UK), kemeriahan Ramadan diraikan menerusi Festival Ramadan yang diadakan di kawasan Pier Head.
Dianjurkan oleh Jaringan Masjid Wilayah Liverpool, Yayasan Kelab Bola Sepak Liverpool dan Majlis Bandaraya Liverpool, festival berkenaan diadakan bagi menyatukan orang ramai menentang kebencian.
Menariknya, di tengah-tengah kemeriahan festival tersebut, para pengunjung yang hadir turut beribadah secara berjemaah sambil dipimpin oleh seorang Imam muda yang dikenali sebagai Ahmed al-Qattani.
Kelibat Ahmed mendapat perhatian ramai selepas videonya memimpin puluhan jemaah mengerjakan solat Maghrib tular di media sosial.
Bukan itu sahaja, alunan suaranya yang merdu ketika membaca surah al-Fatihah turut menjadi topik perbualan orang ramai.
Rata-rata warganet memuji kelunakan suara Ahmed membaca surah al-Quran dalam video tersebut.
Tidak hairan apabila para jemaah dilihat khusyuk sewaktu Ahmed menjadi Imam.
Ahmed juga popular di laman Instagram apabila mempunyai 38,800 pengikut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram