Mengalir air mata Zinidin Zidan, mohon maaf depan Andika Kangen Band


  • Hiburan
  • Rabu, 27 Apr 2022

Tangkap layar sesi temu bual antara Zinidin Zidan bersama Uya Kuya pada Selasa. — Agensi

SELEPAS dikecam hebat oleh warganet Indonesia kerana cuba mengajuk gaya nyanyian vokalis Kangen Band, Andika, akhirnya selebriti media sosial, Zinidin Zidan memohom maaf secara langsung di hadapan penyanyi itu sendiri.

Menurut Zinidin, dia pada mulanya sangat takut untuk bersemuka dengan Andika kerana risau jika permohonan maafnya tidak diterima.

"Saya minta maaf bang atas semua video-video yang telah tersebar.

"Memang sakit mental dibuatnya. Sumpah demi ALLAH, lima hari bang saya kena. Dua hari tidak tidak dapat tidur dan sehari saya muntah-muntah," katanya sambil menangis.

Zinidin berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam Uya Kuya dalam saluran YouTube Uya Kuya TV pada Selasa.

Uya Kuya sebelum itu yang menawarkan untuk membuat satu panggilan video kepda Andika agar Zinidin dapat memohon maaf secara terus kepada penyanyi itu.

hipwee-FotoJet-2022-04-23T150411.409-750x422

Dari (kiri) Tri Suaka, Zinidin Zidan dan Andika Kangen Band.

Sementara itu, Andika yang menerima permohonan maaf itu bagaimanapun berharap supaya Zinidin lebih peka dan menghargai karya orang lain.

"Zinidin kena sedar sekarang yang awak ialah seorang yang dikenali umum. Saya tahu awak cuma bergurau tetapi penerimaan daripada warganet itu sudah dijangka kerana mereka memang tidak suka.

"Jadi bila sudah jadi begini, harap Zinidin dapat belajar sesuatu dan tidak mengulang lagi perkara ini," katanya.

Tambah Andika lagi, di bulan Ramadan yang baik ini dia sangat selesa untuk memaafkan tetapi dia juga berharap bahawa Zinidin tidak menyimpan dendam terhadapnya.

Zinidin sebelum ini menjadi fenomena di Indonesia selepas aksinya menyanyikan semula lagu-lagi artis yang lain menjadi tular di TikTok.

Sejak itu, Zinidin terus popular dan mencatatkan peningkatan pengikut yang tinggi. Tetapi disebabkan kontroversi yang melanda, dia hilang lebih 2 juta pengikut di media sosial.

Malah, dia sendiri juga mengambil keputusan untuk menutup semua media sosialnya daripada diserang warganet Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram