Dengar isyarat tubuh, Zii Jia tutup 'buku' jelajah dunia


  • Podium
  • Selasa, 18 Nov 2025

PERJALANAN karier pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia bagi Jelajah Dunia BWF 2025 sudah berakhir.

Zii Jia mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa menjelaskan ia diambil selepas mengambil kira keadaan kecederaannya.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu mengatakan yang fokusnya terus diarahkan kepada jelajah pada 2026. 

BACA LAGI: Skandal pemain warisan: FAM tetap bawa kes ke CAS, komited tegakkan keadilan

BACA LAGI: [VIDEO] Jaga-jaga Nepal! Luqman Hakim pernah 'gegarkan' Asia kali terakhir beraksi di Bukit Jalil

"Sejak perlawanan kompetitif terakhir saya di Masters China pada September, saya dan pasukan saya bekerja rapat dengan pakar perubatan untuk memastikan saya boleh terus beraksi mengikut kemampuan saya.

"Selepas mengambil kira maklum balas dan mendengar isyarat tubuh, saya rasa lebih baik untuk saya tutup perjalanan 2025 dan fokus untuk jelajah 2026.

"Ia adalah perjalanan yang penuh naik turun baik secara fizikal atau mental, tapi saya juga dapat menemui pelbagai perkara mengenai diri saya.

"Saya kekal bermotivasi dan bersemangat untuk kembali ke gelanggang. Januari akan tiba tidak lama lagi," kata Zii Jia

Zii Jia mengalami kecederaan semasa beraksi pada Jelajah Dunia Akhir pada Disember 2024 dan kemudiannya terlepas fasa awal jelajah 2025.

Dia cuba untuk kembali namun kecederaan berulang sering menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.— Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram



Video Selebihnya

Semua
Berita
Relaks
Duduk Sembang
PSA