PENYERANG Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsudin akan sekali lagi menyarung jersi skuad kebangsaan dengan kali ini dia bersama skuad senior.
Dengan Malaysia akan berdepan Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 November, penyokong berpeluang untuk melihat Luqman menyarung jersi Harimau Malaya sekali lagi di gelanggang tersebut.
Bukit Jalil merupakan gelanggang yang cukup manis buat Luqman kerana di situlah dia mencipta sensasi semasa bersama skuad bawah 16 tahun (B-16) kendalian Datuk Lim Teong Kim.
BACA LAGI: [VIDEO] Bintang Man United berang, terus tinggalkan padang lepas gagal ke Piala Dunia
BACA LAGI: ‘Penyerang berstamina kuda', patutlah Man United-Liverpool tak kisah 'pecah tabung' berebut Semenyo
Ketika Piala Asia B-16 yang diadakan di Malaysia pada 2018, Luqman mencipta sensasi semasa aksi peringkat kumpulan bertemu Tajikistan.
Di bawah sinar mentari petang Bukit Jalil pada 20 September 2018, siapa sangka, pemain keluaran Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu mencipta persembahan cemerlang dengan Luqman menyumbat empat gol untuk Malaysia.
Empat gol itu membantu Malaysia membenam Tajikistan 6-2 sekali gus membolehkan skuad negara meraih tiga mata dalam aksi kumpulan A.
Persembahan Luqman itu mencuri tumpuan bukan saja penyokong Malaysia malah komuniti bola sepak antarabangsa hinggakan satu ketika dia diletakkan sebaris dengan bintang Real Madrid, Eduardo Camavinga.
Luqman kemudiannya muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol keseluruhan walaupun Malaysia tersangkut di peringkat kumpulan.
Tujuh tahun kemudian, nama Luqman sekali lagi disatukan dengan skuad kebangsaan dengan dia menggantikan Jordan Mintah yang cedera untuk aksi berdepan Nepal.
Dengan Bukit Jalil menjadi lokasi penuh memori istimewa buat Luqman, harapnya dia akan mencipta magis serupa sekali lagi.
Jika ya, ia sekali gus mengingatkan penyokong Harimau Malaya akan kehebatannya dalam memburu gol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegra
