[VIDEO] Cubaan ulangi semula ‘Stairway to Heaven’ gagal, syarikat automatif China mohon maaf


  • Bisnes
  • Jumaat, 14 Nov 2025

Percubaan Chery menaiki 'Stairway to Heaven' tidak berjaya.

USAHA syarikat automotif China, Chery memohon maaf selepas menyebabkan kerosakan pada kawasan tumpuan pelancong di negara itu iaitu Pergunungan Tianmen, dekat Zhangjiajie, wilayah Hunan.

Ia rentetan daripada usaha mereka untuk menaiki sebuah tangga yang diberi nama Stairway to Heaven menggunakan salah satu kereta jenama tersebut namun tidak berjaya.

Ketika melakukan aksi tersebut pada Rabu, kereta tersebut yang sedang cuba mendaki tangga setinggi 300 meter itu berundur ke belakang lalu melanggar penghadang tangga dan menyebabkan kerosakan.

BACA LAGI: Namewee hanya dibebaskan selepas laporan bedah siasat selesai — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] 'Jalan berlopak tapi pandu laju', treler rempuh trak pikap di Jalan Pesisir Bintulu-Miri

Siasatan awal mendapati terdapat punca kejadian adalah disebabkan komponen pada tali keselamatan pada kenderaan yang masih dalam tempoh ujian tercabut.

Ia menyebabkan tali itu terbelit pada tayar sebelah kanan lalu menghalang enjin untuk berfungsi seperti biasa.

Disebabkan itu, kenderaan itu tergelincir ke belakan dan melanggar penghadang serta merosakkan sebahagian daripadanya.

Dalam kenyataan Chery pada Khamis, insiden itu bagaimana pun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu atau kerosakan kepada alam semula jadi di tempat berkenaan.

Syarikat itu bersedia menanggung kos baik pulih tangga ikonik itu sepenuhnya serta melakukan tindakan susulan secara tersusun.

"Hasil kejadian ini mendedahkan kelemahan kami dalam menilai potensi risiko serta kelonggaran dalam kawalan ketika merancang dan melaksanakan ujian tersebut.

"Kami sangat mengambil iktibar terhadap kebimbangan awam yang timbul akibat keputusan untuk menjalankan ujian ini di kawasan peranginan awam," kat Chery.

Usaha Chery itu adalah untuk mengulangi semula apa yang pernah dibuat oleh pengeluar automotif United Kingdom, Range Rover sebelum ini.

Tangga tersebut yang membawa pelancong ke Gua Tianmen itu mempunyai kecuraman 150 meter dengan terdapat 999 anak tangga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram