SUDAH menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk memberikan nama yang indah buat anak masing-masing.
Bukan sekadar sedap didengar atau disebut, ibu bapa juga akan menamakan anak mereka dengan nama yang positif serta mempunyai maksud yang baik terutamanya bagi golongan Muslim.
Tindakan itu seiring dengan harapan agar anak akan menjadi mengikut nama yang diberikan kepada mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan ulangi semula ‘Stairway to Heaven’ gagal, syarikat automatif China mohon maaf
BACA LAGI: Namewee hanya dibebaskan selepas laporan bedah siasat selesai — Polis
Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Dani Syazani semasa berdepan dengan anak muridnya.
Dalam perkongsiannya di laman Threads, Dani menceritakan bagaimana seorang anak muridnya menonjolkan budi pekerti seiring dengan namanya.
Menurut Dani, seorang muridnya meminta maaf kepadanya selepas membuat masalah ketika dia sedang mengajar di dalam kelas.
"Aku ada marah beberapa murid perempuan (tahun 1) pada Rabu sebab cari pasal dan buat masalah. Mereka ni tak pernah buat hal dalam kelas aku tapi kali ni huru-hara macam dirasuk je semuanya.
"Hari ni (Khamis) salah sorang tu datang lari- lari, bagi aku ni. Alahai, hilang semua penat aku hari ni. Terima kasih," kongsinya.
Anak murid Dani menggunakan cara kreatif dalam meminta maaf dengan mengubah suai kotak gula-gula dan dihiasi dengan lakaran menarik serta mesej, "Cikgu Dani, saya minta maaf."
Tindakan murid yang bernama Qolbi itu mendapat pujian warganet yang berpendapat dia memperoleh didikan baik dari rumah oleh ibu bapanya.
"Nama dia pun cantik, Qolbi dalam bahasa Melayu bermaksud 'hati saya'," kata Elza Izyan.
"Tinggi adabnya," ujar Nurdini Olivia.
"Sangat cantik, kreatifnya anak ini," komen Sue Said.
Dari nama Qolbi yang cukup indah itu dapat kita lihat bagaimana didikan baik diterapkan oleh ibu bapanya di rumah untuk menjadi murid dan manusi yang berbudi pekerti.
Didikan tersebut datangnya bermula dari proses menamakan seseorang anak tersebut, semoga memberikan imej yang baik sehingga dewasa insya-ALLAH. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
