SELEPAS dilepaskan sementara dari pergantunggan 12 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), karier pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces di Sepanyol diteruskan.
Dia sebelum ini dilaporkan sudah kembali menyertai latihan skuad utama Deportivo Alaves dengan Garces merupakan pemain utama kelab itu.
Laporan sebelum ini menyebut yang Garces boleh diturunkan seawal perlawanan LaLiga menentang Espanyol di tempat lawan pada pagi Sabtu, waktu Malaysia.
BACA LAGI: Tiada lagi isu, Slot akui gembira Salah kembali ke skuad Liverpool
BACA LAGI: Skandal pemain warisan: Noor Azman dilapor tidak bersalah, boleh sambung tugas Setiausaha Agung FAM
Perkara itu kemudiannya disahkan oleh Alaves sendiri apabila Garces dimasukkan dalam skuad 21 pemain kelab itu ke Espanyol pada Jumaat.
Garces bersama-sama Nahuel Tenaglia, Carlos Benavidez, Jon Pacheco, Victor Parada, Jonny Otto dan Youssef Enriquez melengkapkan barisan pertahanan kelab itu untuk bertemu Espanyol.
Sebelum ini, tiga pemain Harimau Malaya yang turut digantung oleh Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah kembali beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Khamis.
Hector Hevel, Jon Irazabal dan Joao Figueiredo kembali beraksi buat JDT ketika bertemu Shan United dalam tugasan Piala Shopee. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
