CHELSEA berdepan potensi untuk kehilangan pemain utama mereka, Cole Palmer yang dilaporkan tidak gembira di kelab itu.
Pemain tengah itu dikatakan mahu kembali semula ke Manchester kerana ingin lebih dekat dengan keluarganya dengan satu kelab menjadi destinasi.
Dilaporkan, Manchester United dijangka mahu mendapatkan bekas pemain Manchester City itu pada jendela perpindahan Januari.
BACA LAGI: Dapat robek gawang Selangor, bek Kelantan TRW optimis peluang masih ada
BACA LAGI: Pintas Man United, Liverpool kini kelab terkaya England

Chelsea berkeras untuk tidak lepaskan Palmer.
Namun begitu, Chelsea memberikan respons yang mengatakan Palmer dianggap sebagai pemain yang tidak boleh disentuh dan mereka tidak akan melepaskannya pada apa-apa harga sekali pun.
Walaupun terdapat spekulasi mengatakan Palmer dia tidak gembira di London kerana mahu pulang ke Manchester, pengurusan tertinggi Chelsea tidak gusar kerana yakin pemain itu tidak akan tinggalkan kelab.
Cuma, sekiranya benar terdapat tawaran rasmi daripada United untuk Palmer, ia boleh menarik perhatian pemain itu untuk benar-benar pergi.
Hal ini kerana, Palmer dikatakan merupakan penyokong United sejak kecil dan jika tawaran itu hadir, tidak mustahil dia mahu berpindah.
Musim ini dianggap sukar buat Palmer yang sering dihimpit kecederaan, namun begitu pengurusan Chelsea yakin dia masih gembira di Stamford Bridge. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
