Kecewa di Piala Malaysia, tonggak Penang mahu pastikan rekod Liga Super terus konsisten


  • Podium
  • Khamis, 29 Jan 2026

Penang menang tiga perlawanan Liga Super berturut-turut sejak memasuki 2026.

PENYERANG Penang FC, Dylan Wenzel-Halls tidak mahu kelabnya terlalu hanyut dengan kekecewaan tersingkir dari Piala Malaysia hingga memberi kesan kepada prestasi Liga Super mereka.

Sebelum ini, Penang tersingkir dari Piala Malaysia selepas tumpas kepada Kuching City FC dan mereka diturunkan ke Piala Cabaran.

Namun dalam Liga Super, Penang berada dalam prestasi baik sejak memasuki 2026 apabila mereka memenangi tiga perlawanan berturut-turut.

BACA LAGI: Dapat robek gawang Selangor, bek Kelantan TRW optimis peluang masih ada

BACA LAGI: Bolos 2 gol, UM-Damansara belum mengalah kejutkan Terengganu

May be an image of American football, football and text that says

Penang hampa tersingkir dari Piala Malaysia selepas kalah kepada Kuching City.

Bakal menentang Kelantan The Real Warriors FC (KTRW) pada Sabtu di tempat lawan, Wenzel-Halls berharap momentum baik di Liga Super akan terus berjalan.

"Kita ada momentum yang lebih baik di Liga Super dan memulakan tahun 2026 dengan cemerlang, jadi kami harap prestasi ini dapat diteruskan untuk aksi-aksi akan datang sebab kita memang meletakkan 100 peratus kerja keras dalam latihan untuk perubahan ini.

"Sudah tentu kecewa apabila tak layak ke suku akhir Piala Malaysia, tapi kita perlu melupakan aksi itu dan akan lebih fokus untuk aksi liga dan juga Piala Cabaran.

"Jadi, kita perlu lawan sehabis baik dengan KTRW ini sebab mereka pun ada pemain yang berkualiti dan secara peribadi saya ada tengok sendiri perlawanan mereka.

"Jurulatih mereka (Akmal Rizal) pun kita memang kenal sangat sebab dia pernah dengan Penang dan apa pun, kita akan cuba untuk menguasai perlawanan dan beri kemenangan kepada penyokong, Sabtu ini”, katanya menerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Penang kini menduduki tempat ketujuh liga dengan 17 mata dan boleh menaiki tempat keenam sekiranya berjaya menewaskan KTRW. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram