WALAUPUN nama Mohamed Salah begitu popular dalam kalangan penyokong Liverpool kerana jasanya membawa kejuaraan, namun sampai masa dia tetap harus diganti.
Dengan kontraknya menghampiri penghujung serta sedang mengalami penurunan prestasi, mungkin ini adalah masa terbaik untuk Liverpool melepaskannya sebelum legasinya tercemar.
Sambil ingin menjaga legasi, Liverpool perlu memikirkan keperluan skuad untuk mendapatkan pemain lebih muda bagi membawa cabaran kelab itu.
BACA LAGI: Dapat robek gawang Selangor, bek Kelantan TRW optimis peluang masih ada
BACA LAGI: Baru saja menang selepas 10 bulan, Zii Jia tersingkir Masters Indonesia

Olise sudah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan setakat ini untuk Bayern Munich.
Selepas terlepas Antoine Semenyo kepada Manchester City, Liverpool menghalakan tumpuan mereka kepada jaguh Jerman, Bayern Munich dalam usaha mendapatkan pengganti Salah.
Bintang Perancis, Michael Olise dijadikan sasaran dengan Liverpool mahu membawa semula pemain sayap tersebut ke England.
Satu nilai tambah yang ada pada Olise adalah dia mempunyai pengalaman beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama-sama Crystal Palace sebelum menyertai Bayern.
Oleh itu, jika Liverpool mendapatkannya pasti Olise tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak England kerana pernah bermain di sana.
Namun begitu, The Reds harus mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan Olise kerana kontrak pemain itu bersama Bayern akan tamat pada 2029.
Dengan pemain kualiti sepertinya, Liverpool perlu membayar gaji yang tinggi untuk menyakinkannya pulang semula ke England.
Untuk mengimbangi kewangan kelab, Liverpool harus melepaskan Salah sekiranya mereka ingin membawa Olise.
Dengan kelab-kelab Arab Saudi masih berminat mahukan Salah, peluang masa ada untuk Liverpool melepaskan bintang mereka itu dan menjualnya dengan harga tinggi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
