POSISI Arne Slot sebagai pengendali Liverpool pastinya akan terancam seandainya dia gagal menghadiahkan sesuatu yang bermakna pada akhir musim.
Dengan peluang meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin tipis, Slot cuma ada Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Piala FA Inggeris untuk membaiki musim Liverpool.
Walaupun begitu, kedudukan liga tetap paling penting dan jika gagal ke UCL musim depan, masa depan Slot pastinya tidak menentu.
BACA LAGI: Dapat robek gawang Selangor, bek Kelantan TRW optimis peluang masih ada
BACA LAGI: Pintas Man United, Liverpool kini kelab terkaya England
Liverpool tumpas 2-3 kepada Bournemouth sekali gus menambah tekanan kepada Slot.
Bagi legenda Liverpool, Jamie Carragher, Slot boleh hilang kerja sekiranya gagal layak ke UCL musim depan terutamanya selepas berbelanja besar musim ini.
Ditambah dengan status juara EPL musim lalu, penurunan mendadak dari segi pencapaian membuatkan kedudukan Slot dalam keadaan bahaya.
"Jika anda tidak layak ke UCL selepas memenangi liga pada musim sebelum itu serta berbelanja mewah seperti Liverpool, saya tak rasa dia dapat bertahan.
"Kerisauan sebenar yang saya ada terhadap Liverpool untuk layak ke UCL adalah tiga perkara yang sering mereka hadapi dalam liga iaitu situasi bola mati, bola sepak berasaskan serangan balas pantas dan menentang pasukan bermain secara low blocks.
"Liverpool tidak boleh tahan dengan tiga situasi itu. Apa yang kita saksikan adalah kelab EPL yang tidak sesuai dengan EPL," kata Carragher.
Carragher secara terbuka meluahkan rasa risau terhadap peluang Liverpool untuk ke saingan elit Eropah selepas saingan terdekat iaitu Chelsea dan Manchester United menampilkan peningkatan.
Peningkatan itu hadir seiring dengan satu tindakan serupa dilakukan oleh kedua-dua kelab iaitu mendapatkan memecat pengendali lama iaitu Enzo Maresca dan Ruben Amorim.
"Bila anda saksikan apa yang Manchester United dan Chelsea lakukan dalam beberapa minggu lalu, anda akan lihat yang Liverpool berpotensi menamatkan liga di luar zon UCL. Saya amat risaukan mereka.
"Bila anda mula risaukan kelayakan ke UCL musim depan, ketika itulah saya rasa kita akan mula bercakap mengenai posisi Arne Slot.
Sebagai rekod, Liverpool menghabiskan £450 juta (RM2.4 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu seperti Florian Wirtz, Alexander Isak dan Jeremie Frimpong namun hasilnya masih belum menuai seperti diharapkan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
