Baru saja menang selepas 10 bulan, Zii Jia tersingkir Masters Indonesia


  • Podium
  • Khamis, 22 Jan 2026

Zii Jia tumpas kepada pemain bukan pilihan dari Thailand.

SELEPAS meraih kemenangan pertama dalam 10 bulan, pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia kembali tewas apabila tersingkir di Masters Indonesia.

Perjalanan pemain itu di kejohanan tersebut berakhir di pusingan kedua selepas kalah kepada pemain bukan pilihan dari Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul pada Khamis.

Dalam aksi tiga set itu, Zii Jia menampilkan persembahan baik dengan dia berjaya memenangi set pertama 21-15.

BACA LAGI: Bolos 2 gol, UM-Damansara belum mengalah kejutkan Terengganu

BACA LAGI: Tiada lagi isu, Slot akui gembira Salah kembali ke skuad Liverpool

Akan tetapi, Teeraratsakul kembali bangkit apabila dia memenangi set kedua 21-17 untuk mengheret Zii Jia ke set penentuan.

Di set penentuan, Zii Jia seolah tidak berdaya untuk melawan apabila pemain Thailand itu menunjukkan kekuataan sekali gus menang 21-8 untuk mara ke suku akhir.

Walaupun tumpas, Zii Jia menonjolkan potensi yang dia sememangnya di landasan baik untuk kembali tajam seperti sebelum ini.

Sebelum ini, Zii Jia menewaskan H. S. Prannoy dari India pada pusingan pertama sekali gus menamatkan penantian 10 bulan untuk meraih kemenangan.

Aksi seterusnya buat Zii Jia di gelanggang selepas ini pasti akan menjadi tumpuan ramai selepas kempen positif di Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram