PEMAIN warisan Harimau Malaya, Facundo Garces boleh menarik nafas lega selepas hukuman gantung selama 12 bulan dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) digantung sementara oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Walaupun keputusan itu bersifat sementara, ia memberikan nafas lega buat pemain pertahanan tersebut apabila dia boleh kembali semula ke kelab lamanya di Sepanyol.
Garces dapat menyertai semula kelab LaLiga, Deportivo Alaves memandangkan jendela perpindahan Januari masih lagi dibuka.
BACA LAGI: Dapat robek gawang Selangor, bek Kelantan TRW optimis peluang masih ada
BACA LAGI: Pintas Man United, Liverpool kini kelab terkaya England

Garces boleh beraksi seawal Jumaat apabila Alaves berdepan Espanyol.
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Alaves pada Selasa, kelab itu mengesahkan yang Garces boleh menyertai semula latihan bersama rakan sepasukannya.
"Walaupun pendekatan berhati-hati masih lagi dilaksanakan, Facundo Garces dibenarkan meneruskan aktiviti profesional seperti biasa, tanpa menjejaskan keputusan seterusnya CAS berhubung merit kes ini.
"Oleh itu, pemain berkenaan akan kembali menyertai sesi latihan pasukan," kata Alaves.
Garces boleh diturunkan semula seawal perlawanan pada Sabtu apabila Alaves berdepan Espanyol di tempat lawan dalam tugasan liga.
Selain Garces, enam pemain lain yang digantung FIFA iaitu Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal, dan Hector Hevel turut dibenarkan meneruskan karier bola sepak mereka buat sementara waktu. — The Star/S. SAKTESH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
