SELEPAS menjadi kelab paling berjaya dari segi kutipan piala dalam bola sepak Inggeris, Liverpool kini memintas seteru utama, Manchester United sebagai pasukan terkaya di England.
Dalam laporan yang dikeluarkan firma kewangan Deloitte, Liverpool menjana pendapatan sejumlah £702 juta (RM3.8 bilion) hasil daripada kejayaan meraih Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Namun begitu, ia sekadar menjadikan Liverpool kelab kelima terkaya di Eropah walaupun meraih pendapatan tertinggi dalam kalangan pasukan EPL.
BACA LAGI: Baru saja menang selepas 10 bulan, Zii Jia tersingkir Masters Indonesia
BACA LAGI: Bolos 2 gol, UM-Damansara belum mengalah kejutkan Terengganu

Liverpool meraih gelaran EPL pada musim lalu.
United pula mengalami rekod terburuk apabila tersingkir daripada kedudukan lima kelab terkaya dengan mereka turun ke posisi kelapan dengan sekadar menjana £666 juta (RM3.6 bilion).
Satu lagi kelab Manchester, Manchester City turut mengalami penurunan apabila jatuh dari tempat kedua ke posisi keenam dengan skuad Pep Guardiola sekadar menjana £697 juta (RM3.7 bilion).
Tiga kelab London, Arsenal (tempat ketujuh), Tottenham Hotspur (tempat kesembilan) dan Chelsea (tempat ke-10) turut memasuki senarai elit itu.
Kelab Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona menduduki kedudukan dua teratas carta dengan Los Blancos meraih £1.01 bilion (RM548 trilion) sementara Blaugrana mendapat £819 juta (RM4.4 bilion).
Bayern Munich menduduki tempat ketiga dengan meraih £723 juta (RM3.9 bilion) manakala Paris Saint-Germain menghuni tangga keempat dengan janaan wang sebanyak £703 juta (RM3.8 bilion). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
