Had umur pengguna media sosial berkuat kuasa seawal-awalnya Julai


  • Massa
  • Isnin, 26 Jan 2026

Had umur bagi pengguna media sosial ditetapkan kepada 16 tahun bermula Julai.

PENGUATKUASAAN had umur bagi pengguna media sosial di Malaysia dijangka akan dimulakan seawal Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, inisiatif tersebut kini berada dalam fasa regulatory sandbox, yang membolehkan kerajaan menguji serta memperhalusi kaedah pelaksanaan paling berkesan sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Langkah itu dilakukan seiring dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) dengan pihaknya sudah duduk semeja dengan penyedia platform media sosial bagi menentukan pendekatan paling sesuai.

BACA LAGI: Lelaki maut, 4x4 hilang kawalan terjunam dalam pembentung terbuka di Lahad Datu

BACA LAGI: Dapat robek gawang Selangor, bek Kelantan TRW optimis peluang masih ada

Teo: What happens to CAC and home surveillance orders after Emergencyrevocation | The Star

Teo Nie Ching. — The Star/IZZRAFIQ ALIAS

"Di bawah OnSA, kami telah memulakan perbincangan dengan penyedia platform. Ketika ini, kami berada dalam peringkat regulatory sandbox untuk mengenal pasti kaedah pengesahan umur yang terbaik, paling berkesan dan paling selamat.

"Ini adalah sasaran kami untuk tahun ini. Seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kami jangkakan ia adalah dilaksanakan pada separuh tahun kedua," katanya.

Kerajaan dilaporkan mensasarkan setiap platform media sosial akan mengenakan sistem pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) bermula penghujung suku kedua 2026 untuk mengenakan had umur minimum bagi pendaftaran akaun.

Nie Ching berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di SK Putra Utama, Kulai, Johor pada Isnin.

Seramai 586,153 dari kawasan Parlimen Kulai menerima BAP yang berjumlah RM150. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram