Lelaki maut, 4x4 hilang kawalan terjunam dalam pembentung terbuka di Lahad Datu


  • 112
  • Jumaat, 23 Jan 2026

Kejadian itu mengorbankan seorang mangsa.

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda (4X4) dinaikinya terjunam ke dalam pembetung terbuka di Lahad Datu, Sabah.

Kejadian pada Jumaat itu melihatkan mangsa, Muhammad Almadi Hassan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terperangkap pada tempat duduknya.

Sementara seorang lagi mangsa, Wilyamil Ahajul yang merupakan pemandu kenderaan itu cedera parah dengan mengalami patah tangan.

BACA LAGI: Dapat robek gawang Selangor, bek Kelantan TRW optimis peluang masih ada

BACA LAGI: Pintas Man United, Liverpool kini kelab terkaya England

Orang ramai berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar penghadang sebelum terjunam ke dalam pembetung terbuka yang masih dalam kerja-kerja pembinaan.

Pembetung itu diselenggara oleh kerajaan dan penghadang sudah pun diletak disekelilingnya namun masih tiada halangan kukuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.04 pagi dan pihaknya tiba di tempat kejadian sekitar empat minit kemudian.

"Kenderaan itu terbalik mengiring di dalam lubang jacking sedalam tujuh meter.

"Pihak bomba mengangkat kedua-dua mangsa keluar dari lubang tersebut menggunakan tali dan pengusung," ujarnya. 

Sumsoa berkata Pegawai Pemerintah Operasi, Mohd Noor Asri, memaklumkan seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan, manakala seorang lagi dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Katanya, mayat Muhammad Almadi telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi di lokasi kejadian berakhir kira-kira jam 9.07 pagi.

Penghadang turut dipasang di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram