Kongsi foto depan KLCC, adakah Bissoli pemain dimaksudkan TMJ?


  • Podium
  • Selasa, 30 Dis 2025

Bisolli menjaringkan 80 gol dan 15 hantaran bantuan dalam 104 penampilannya bersama Buriram United. — Agensi

 

 

MENJELANG jendela perpindahan Januari depan, khabar angin kemasukan pemain baharu mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan pelbagai nama bintang import aka memperkuatkan beberapa skuad Liga Super.

Antara nama hangat yang dikatakan akan berhijrah ke saingan domestik ialah penyerang terkenal Liga Thailand iaitu peledak import Buriram United, Guilherme Bissoli.

Desas-desus Bissoli akan 'bertukar' angin ke saingan Liga Malaysia mula tersebar selepas pemain kelahiran Brazil berkenaan berkongsi foto berada di Kuala Lumpur di laman Insta Story pada baru-baru ini.

BACA LAGI: Terpapar di website JDT, Jesse Lingard antara 3 pemain dimaksudkan TMJ?

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ingatkan bonus', TMJ pernah 'warning' Hariss Harun jika gagal tewaskan Kelantan

Gambar yang menunjukkan lokasinya berada di hadapan bangunan ikonik negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC) sambil memuat naik emoji hati merah berkenaan seolah-olah menunjukkan Malaysia sebagai 'rumah' baharu penyerang itu.

Walaupun foto itu tidak menunjukkan sebarang petunjuk Bissoli bakal menyarung jersi baharu, namun tindakan Buriram United yang menandatangani dua pemain baharu memberikan jawapan kepada masa depannya.

Baru-baru ini, jaguh Liga Thailand berkenaan mengesahkan kemasukan dua pemain baharu mereka iaitu Ruben Sanchez dan Emmanuel Toku, kedua-duanya direkrut untuk memperkuatkan jentera serangan skuad Thunder Castle.

Bukan itu sahaja, ada juga mengaitkan keberadaan Bissoli di ibu kota berkenaan merupakan persiapan awal sebelum pemain berusia 27 tahun berkenaan menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT).

 

 

 

 

Bissoli yang berasal dari Brazil itu juga selari dengan petunujuk dari pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjelaskan bahawa pemain baharunya berasal dari negara Samba itu dan Portugal.

Penyerang sensasi itu sudah lama dikaitkan dengan JDT apabila sering tampil dengan aksi cemerlang di peringkat domestik mahupun di saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Sejak menyarung jersi Buriram pada 2023/2024, Bissoli menjaringkan 80 gol dan 15 hantaran bantuan dalam 104 penampilannya di setiap kejohanan disertai kelab Thailand itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram