'Endra tidur berdengkur ingatkan normal', anak Eyra Hazali alami tonsil bengkak 'stage' 4, tutup saluran pernafasan


  • Bonda
  • Isnin, 29 Dis 2025

Anak kedua Eyra Hazali iaitu Endra ditahan wad hospital kerana mengalami pembengkakan tonsil pada tahap serius.

TIDUR berdengkur dalam kalangan kanak-kanak sering dianggap perkara biasa oleh segelintir ibu bapa.

Namun, pengalaman pelakon dan personaliti media sosial Eyra Hazali membuktikan sebaliknya apabila anak keduanya, Endra Haqimie, disahkan mengalami pembengkakan tonsil pada tahap serius sehingga hampir menutup saluran pernafasan.

Menerusi perkongsian di laman Threads, Eyra mendedahkan sebelum ini dia menyangka dengkuran kuat yang dialami Endra ketika tidur adalah perkara normal.

BACA LAGI: Sempena 'anniversary' ke-50, Nicol David bawa ibu bapa ronda Pulau Pinang

BACA LAGI: Dr Syeikh Muszaphar syukur anak ke-2 ditawarkan ke SBP, berjaya bahagi masa akademik dan sukan

Namun, naluri seorang ibu mula terusik apabila menyedari anaknya kerap berhenti bernafas seketika ketika tidur selain mengalami masalah kencing malam hampir setiap hari.

"My Endra tidur berdengkur and I thought it was normal until I sedar dia stop bernafas sekejap then asyik kencing tiap malam," kongsinya.

Bimbang dengan perubahan dialami, pelakon drama Cinta roller Coaster itu kemudiannya membawa anaknya mendapatkan pemeriksaan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua tonsil anaknya itu telah membengkak pada tahap empat, iaitu tahap paling serius dan hampir sepenuhnya menutup laluan pernafasan.

"Bawa ke ENT and found out both tonsil Endra dah bengkak stage 4 which almost tutup laluan pernafasan dia," jelasnya.

 

 

Menurutnya, masalah tersebut juga berkait rapat dengan isu kencing malam yang dialami Endra manakala kekurangan oksigen semasa tidur menyebabkan otak menghantar isyarat tertentu kepada tubuh sebagai mekanisme pertahanan.

"Apa kena mengena dengan kencing? Bila oksigen tak sampai otak, otak akan bagi signal pada badan untuk kencing supaya badan alert and awake from the sleep," ujarnya lagi.

Terdahulu, Andra turut dimasukkan ke wad hospital gara-gara mengalami masalah buah pinggang kering.

Ia berlaku selepas kanak-kanak berusia tiga tahun itu mengalami muntah teruk tanpa henti yang menyebabkan dia ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Eyra Hazali atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 5,Muhammad Endra Haqimie, 3 dan Muhammad Hud Ezqandar selain sering berkongsi rutin serta pengalaman keibuan di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram