PEMAIN Negeri Sembilan FC (NSFC), Jovan Motika menjadi buruan beberapa kelab dalam dan luar negara selepas persembahan baiknya bersama kelab itu musim ini.
Dia yang menjadi nadi kepada persembahan baik skuad Jang di bawah kendalian Nidzam Jamil, menjaringkan satu gol dan menghasilkan lapan gol dalam 15 perlawanan.
Rekod itu sudah pun mengatasi pencapaiannya bersama Kuala Lumpur City FC musim lepas apabila dia menyumbat enam gol dan empat bantuan jaringan dalam 31 penampilan.
BACA LAGI: Akhirnya pecah badi jaringan, Wirtz masih rasa bahagia sejak debut bersama Liverpool
BACA LAGI: Piala Thomas: Jangan bergantung kepada Zii Jia — Roslin Hashim

Motika tidak mahu meninggalkan NSFC.
Anjakan paradigma dalam persembahan Motika itu membuatkan kelab seperti Selangor FC dan pasukan dari Indonesia dan Thailand berminat mahukan khidmatnya.
Namun Motika tetap tenang apabila ditanyakan mengenai masa depannya dengan pemain mahu fokus kepada misinya bersama NSFC.
"Ini adalah kelab yang di mana semua pihak tahu peranan masing-masing, dari jurulatih senior kepada pemain muda yang sentiasa mahu berkembang.
"Saya sesuai dengan keadaan di sini, jadi saya terus berkembang dengan baik pada tahun ini.
"Saya selalu memberitahu kepada diri saya untuk menikmati bola sepak dan berikan yang terbaik kerana perkara-perkara lain akan tiba juga selepas itu," ujarnya.
Melihat kepada prestasi semasa NSFC yang agak goyah, Motika menjelaskan itu adalah perkara normal dialami pelbagai kelab.
Namun begitu, Motika berasakan yang kelabnya sekarang adalah jauh lebih baik berbanding apa NSFC musim lalu yang bergelut di zon bawahan Liga Super.
"Kami cuba untuk menjadi lebih baik dalam setiap perlawanan kerana ini adalah pasukan muda yang memerlukan masa dan kerja keras.
"Tidak konsisten itu adalah perkara normal untuk pasukan muda yang mempunyai pemain dan jurulatih baharu. Berbanding dengan musim lepas, ini adalah NSFC yang berbeza," jelasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
