KELAB Pantai Timur, Terengganu FC (TFC) akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan Badrul Afzan Razali dari jawatan jurulatih selepas kekalahan mereka kepada Sabah FC pada Selasa.
Dalam kenyataan pada Khamis, TFC mengatakan Badrul direhatkan dari tugasnya dengan Tengku Hazman Raja Hassan menjadi pengendali sementara.
Sebagai rekod, Tengku Hazman merupakan pembantu Badrul sepanjang dia menjadi jurulatih TFC.
BACA LAGI: Boleh skor lebih banyak, 3 gol tak cukup — Gamel
BACA LAGI: Sukar diganti, Man United hilang khidmat Bruno Fernandes untuk 5 aksi berturut-turut
"Pihak kelab ingin mengumumkan bahawa Tengku Hazman Raja Hassan, selaku penolong jurulatih, telah dilantik sebagai ketua jurulatih interim sehingga pengumuman ketua jurulatih baharu secara rasmi," kata TFC.
Di saat penyokong TFC memberikan kelulusan kepada keputusan kelab terhadap Badrul, timbul rasa kurang senang mengenai tindakan susulan yang dilakukan.
Keputusan untuk meletakkan Tengku Hazman sebagai pengendali sementara itu dilihat sebagai langkah kitar semula diamalkan kelab yang boleh membuatkan TFC tidak bergerak ke depan.
Pada hemat penyokong, lebih baik TFC fokus mencari jurulatih sebenar yang boleh membawa kelab itu ke tahap lebih tinggi berbanding hanya menaikkan pembantu jurulatih.
"Kenapa tak cari jurulatih betul-betul, pergi lantik pembantu tu buat apa? Takkan tiap-tiap tahun skrip serupa? Takkan pengurusan tak nampak?
"Takkan pengurusan tak nampak kita sebagai penyokong berhabis duit ke stadium? Sampai bila nak macam ni?," kata penyokong bernama Azhar Zaha.
TFC sebelum ini dikaitkan dengan Datuk Ong Kim Swee namun desas-desus itu terpadam selepas dia dilantik sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
