MANCHESTER United harus berdepan hakikat mereka kehilangan ketua pasukan mereka, Bruno Fernandes bakal terlepas lima aksi berturut-turut akibat kecederaan.
Fernandes mengalami kecederaan pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa dengan dia dikeluarkan pada rehat separuh masa.
Kecederaan tisu lembut dialaminya memaksa Fernandes berehat seketika namun ia tetap menganggu persiapan United menghadapi fasa penting dalam musim mereka.
BACA LAGI: Boleh skor lebih banyak, 3 gol tak cukup — Gamel
BACA LAGI: Baru sekejap tinggalkan Selangor, import Thailand kembali ke pangkuan kelab lama

Fernandes (depan) akan terlepas lima aksi United.
Pengendali United, Ruben Amorim menyifatkan kelabnya sukar untuk mencari pengganti kepada Fernandes kerana kualitinya sebagai pemain serta kualiti kepimpinannya.
"Ia mustahil untuk menggantikan Fernandes, saya sudah katakan perkara itu kepada skuad saya.
"Dalam setiap situasi bola mati, dia adalah orang yang akan mengatur pasukan.
"Dia faham setiap posisi di padang, dia memberikan tumpuan kepada setiap butiran. Bila kami lakukan pertukaran pemain, dia adalah pemain yang akan memberitahu rakan sepasukan ke mana mereka perlu berada," ujarnya.
Fernandes dijangka akan terlepas lima perlawanan United seterusnya menentang Newcastle United, Wolverhampton Wanderers, Leeds United dan Burnley dalam saingan liga termasuk aksi bertemu Brighton & Hove Albion untuk tugasan Piala FA Inggeris.
Bintang Portugal itu dijangka akan kembali tepat pada waktunya untuk United bertemu jiran setempat, Manchester City pada 17 Januari 2026. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
