WALAUPUN berjaya menewaskan PDRM FC di laman lawan dalam aksi Liga Super pada Selasa, keputusan itu masih tidak memuaskan hati pengendali sementaranya iaitu Christophe Gamel.
Kemenangan 3-1 diraih Gergasi Merah itu dilihat dapat menggembirakan penyokong mereka yang hadir ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang tetapi tidak untuk pengendali itu.
Hal ini kerana, Gamel berpendapat yang Selangor sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol berbanding tiga yang dihasilkan Chrigor Moraes sebanyak dua kali dan Noor Al-Rawabdeh.
BACA LAGI: Ranking Harimau Malaya dijangka menjunam, mungkin digantung 2 kempen kelayakan Piala Asia
BACA LAGI: Saga perpindahan Semenyo: Liverpool 'kunci mulut', Man United tak duduk diam
"Ia adalah persembahan yang baik, kami tidak membenarkan pihak lawan untuk bergerak.
"Namun apa yang sedikit mengecewakan adalah berkenaan gol. Saya memang suka kami dapat tiga gol, tapi patutnya kami jaringkan lebih lagi.
"Kami selalu jangkakan untuk menjaringkan sebanyak bola gol, tapi keadaan padang juka mencabar buat kedua-dua kelab.
"Padangnya berat, dan ada kesilapan-kesilapan teknikal. Jadi, ia bukannya muda tapi kami ada peluang terbuka untuk jaringkan lebih banyak gol," ujar Gamel.
Melihat kepada ketumpulan tersebut, Gamel berharap beberapa nama baharu yang akan dibawa masuk ke jendela perpindahan Januari akan meningatkan kualiti skuad sedia ada.
Gamel menegaskan yang keutamaan Selangor adalah membawa masuk pemain yang sesuai dengan corak permainan kelab terutamanya pemain tengah.
"Benar, kami sedang memerhati beberapa pemain ketika ini. Terdapat beberapa pemain yang tidak berada dalam pasukan sekarang, jadi kami perlukan pengganti.
"Tapi adalah pemain untuk membawa masuk pemain yang sesuai dengan pasukan kami.
"Jika kami mahu jadi bagus dan pergi jauh, kami perlu mengambil kira semua pemain yang dibawa masuka.
"Tapi keutamaan kami sekarang adalah mendapatkan penyerang dan pemain saya. Saya juga mahukan lebih pilihan di bahagian tengah," ujarnya. — The Star/S. SAKTESH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
