Nampak macam 'lama', kecederaan babak pertama Bruno Fernandes risaukan kem Man United


  • Podium
  • Isnin, 22 Dis 2025

Bruno Fernandes (depan) cedera diterjah oleh Amadou Onana.

KEM Manchester United kini dalam keadaan resah selepas melihat ketua pasukan, Bruno Fernandes mengalami kecederaan ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Aston Villa pada pagi Isnin, waktu Malaysia.

Dalam aksi menyaksikan mereka tumpas 1-2 itu, United ditimpa malang apabila Fernandes terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama akibat kecederaan.

Pemain itu dikatakan mengalami rasa tidak selesa di kaki kanannya pada penghujung separuh masa pertama namun dapat bertahan sehingga rehat separuh masa.

BACA LAGI: Rindukan MotoGP, Hafizh Syahrin berharap dapat beraksi walaupun guna ‘wildcard’

BACA LAGI: Man United ditabur janji tiada pembelian jendela perpindahan Januari

Ruben Amorim provides update on Bruno Fernandes injury in major blow toManchester United | The Independent

Fernandes (tengah) digantikan oleh Lisandro Martinez pada rehat separuh masa.

Pemain pertahanan, Lisandro Martinez kemudiannya menggantikannya dengan pengendali, Ruben Amorim membayangkan kecederaan Fernandes agak serius.

"Saya rasakan kecederaan tisu lembut. Nampak macam lama, tapi kita perlu tengok dulu.

"Saya rasa sangat pelik. Pada tahun ini, terutamanya sekarang, kami banyak masalah, tapi kami akan hadapinya dengan baik," ujarnya.

Walaupun risau akan kehilangan Fernandes, namun Amorim tetap yakin akan kemampuan pemain tersebut untuk sembuh segera daripada kecederaan.

"Saya tak tahu. Saya rasa dia akan terlepas beberapa perlawanan, tapi saya tak pasti berapa.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu, dia adalah pemain yang sentiasa cergas dan sentiasa buktikan akan cepat sembuh," ujarnya.

Fernandes dijangka akan terlepas baki aksi United untuk 2025 seperti perlawanan berdepan Newcastle United dan Wolverhampton Wanderes.

Jika kecederaannya mengambil masa untuk pulih, dia mungkin turut terlepas aksi pertama United pada 2026 menentang Leeds United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram