Sumandak Sabah patah hidung di Sukan SEA pilih berdamai demi aksi LWN


  • Podium
  • Ahad, 21 Dis 2025

Bek kental Sabah FA, Siti Nurfaizah Saidin dilihat berjabat tangan dengan penyerang import dari Myanmar, Win Theingi Tun sambil disaksikan oleh pengurus pasukan bola sepak wanita Sabah FA, Mohd Arziz Afizy. — Facebook/Safa

MENJELANG aksi Liga Wanita Nasional (LWN) 2025, kem Sabah FA terus mencuri perhatian penyokong setia Sang Badak.

Perhatian itu terarah menerusi satu perkongsian gambar di laman Facebook rasmi, yang memaparkan dua kelibat pemain Sabah FA yang cukup dikenali.

Dalam gambar berkenaan, bek kental Sabah FA, Siti Nurfaizah Saidin dilihat berjabat tangan dengan penyerang import dari Myanmar, Win Theingi Tun sambil disaksikan oleh pengurus pasukan bola sepak wanita Sabah FA, Mohd Arziz Afizy.

BACA LAGI: Suami Neera Azizi digantung tugas angkara ‘gender reveal' di Tanah Suci

BACA LAGI: Tak belajar dari kesilapan, Syihan sekali lagi tinggalkan gawang undang amarah ekor Harimau Selatan

Bek kental Sabah terpaksa memakai topeng kerana mengalami kecederaan patah hidung.

Situasi berkenaan dipercayai berlangsung susulan insiden cemas yang dialami Siti Nurfaizah ketika saingan bola sepak wanita Sukan SEA 2025 di Thailand baru-baru ini.

Pemain pertahanan itu mengalami patah hidung pada penghujung babak pertama perlawanan peringkat kumpulan menentang Myanmar selepas dilaporkan terkena siku pemain lawan.

Bagi meredakan keadaan dan mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menjejaskan tumpuan Sabah FA dalam saingan LWN 2025, Win Theingi Tun selaku wakil pasukan Myanmar tampil memohon maaf dan memilih jalan damai.

Sementara itu, Sabah FA kini hanya selangkah lagi untuk bergelar juara Liga Wanita Nasional 2025 musim ini, meskipun tewas kepada MBSJ FC dalam aksi di Stadium Likas, Sabah pada Ahad.

Skuad yang berpangkalan di Borneo itu masih mengungguli carta liga dengan 34 mata hasil 12 perlawanan, sekali gus berada dalam kedudukan terbaik untuk menjulang kejuaraan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram