PELUMBA Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin masih lagi menyimpan hasrat untuk kembali beraksi di peringkat tertinggi acara permotoran.
Selepas membantu JDT Racing Team menjuarai gelaran Asia, Hafizh mahu kembali ke saingan MotoGP walaupun tahu perlu berdepan banyak saingan.
Hal ini kerana, semakin ramai pelumba muda tempatan yang kini meningkat naik dan mempunyai potensi tinggi untuk pergi lebih jauh.
BACA LAGI: 10 bangunan ikonik 'menyala', raikan Malaysia jadi hos Sukan SEA ke-34
BACA LAGI: [VIDEO] Walaupun bukan sukan dipilih, kami tetap beri emas — Kapten skuad bola jaring Malaysia

Kali terakhir Hafizh beraksi di MotoGP adalah pada 2021.
Kata Hafizh, dia cuba untuk mendapatkan tiket ‘wildcard’ bagi memastikan tempatnya di kejohanan berprestij dunia tersebut.
“Semestinya saya mahu berlumba lagi di MotoGP, tapi ia bergantung kepada keadaan. Ramai pelumba muda yang kita sendiri tak perasan.
“Jika dibandingkan di peringkat antarabangsa, ramai pelumba handalan Eropah dan pasukan Eropah lebih cenderung untuk dapatkan mereka.
“Saya mungkin akan cuba dapatkan tiket wildcard pada 2026 kerana tahun ini saya fokus kepada kejohanan Asia,” komen Hafizh.
Sebagai rekod, kali terakhir Hafizh beraksi di MotoGP adalah pada 2021 apabila dia mewakili NTS RW Racing Team dalam saingan Moto2.
Pada tahun ini, tiket wildcard diperoleh Hakim Danish Ramli untuk Moto3 sementara Helmi Azman dan Azroy Anuar bagi Moto2. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
