Suami Neera Azizi digantung tugas angkara ‘gender reveal' di Tanah Suci


  • Massa
  • Ahad, 21 Dis 2025

Suami kepada penyampai radio, Neera Azizi, Muhammad Hafizi Mohd. Noor, digantung daripada tugas berikutan penularan video sambutan 'gender reveal' di hadapan Kaabah baru-baru ini.

SUAMI penyampai radio, Neera Azizi, Muhammad Hafizi Mohd Noor digantung tugas sebagai mutawif setelah tular video sambutan ‘gender reveal’ di hadapan Kaabah baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan rasmi daripada agensi umrah, In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd, pihak pengurusan memandang serius isu berkenaan dan telah menjalankan siasatan menyeluruh sebelum mengambil tindakan tatatertib terhadap Hafizi.

"Hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran terhadap etika dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan kepada setiap petugas syarikat.

"Susulan itu, keputusan diambil untuk menggantung tugas Hafizi selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta," katanya.

BACA LAGI: Tak belajar dari kesilapan, Syihan sekali lagi tinggalkan gawang undang amarah ekor Harimau Selatan

BACA LAGI: Kekuatan tekong-taktikal coach Vietnam berjaya kejutkan Thailand, emas belum tentu dalam genggaman Malaysia

Video pasangan tersebut mengumumkan jantina bayi mereka di hadapan Kaabah mencetuskan komen negatif warga maya yang menyifatkan tindakan dibuat tidak menghormati tempat suci umat Islam.

Dalam tempoh penggantungan itu, Hafizi tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang operasi atau tugasan membimbing jemaah ke Tanah Suci termasuk bimbingan rasmi sebagai mutawif.

Selain itu, dia juga dikenakan surat amaran rasmi dan sebarang pertimbangan pelantikan semula akan dibuat hanya jika pematuhan sepenuhnya terhadap garis panduan syarikat dipenuhi.

Pada mas sama, pihak In Saff Travel menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan kesucian ibadah di Tanah Suci, etika serta imej syarikat.

Insiden tersebut mencetuskan reaksi negatif warga maya selepas video Neera dan suaminya melakukan pengumuman jantina bayi di hadapan Kaabah tersebar di media sosial, dengan ramai menilai tindakan itu tidak sesuai dan kurang menghormati tempat suci umat Islam.

Susulan kritikan itu, Neera dilaporkan memadam video tersebut di semua platform media sosial dan memohon maaf atas kekhilafan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram