TINDAKAN penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi yang meninggalkan pintu gawang sekali lagi mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong setia Harimau Selatan.
Situasi itu timbul apabila penjaga gol skuad kebangsaan berkenaan dilihat mengulangi kesilapan sama, dengan terlalu kerap meninggalkan kawasan gol sehingga membuka ruang kepada pihak lawan untuk mencipta peluang.
Dalam aksi Liga Super menentang Kelantan The Real Warriors (TRW) pada Sabtu, Syihan dilihat agak selesa dengan kelebihan dimiliki JDT yang ketika itu mendahului perlawanan 4-0.
BACA LAGI: [VIDEO] WTF2025: Impian final Pearly-Thinaah lebur di tangan pasangan Jepun
BACA LAGI: Paroi kembali sunyi, aksi hadapi pencabar Liga Super masih gagal tarik penonton
Namun, kecuaian tersebut akhirnya memakan diri apabila Syihan berani meninggalkan pintu gawangnya, sekali gus menghadiahkan gol sagu hati kepada pasukan pelawat.
Gol berkenaan dijaringkan oleh Azam Azmi menerusi percubaan jarak jauh dari luar kotak penalti.
Insiden itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong JDT yang menyuarakan kekecewaan mereka di media sosial, dengan rata-rata mengkritik kecenderungan Syihan untuk meninggalkan pintu gol.
“Syihan ini pelik, suka sangat tinggalkan gawang. Sudahnya, Kelantan senang-senang dapat gol,” kata Rosli Li.
“Dari dulu lagi bila dia jauh tinggalkan gawang, mesti pihak lawan buat percubaan jauh. Lepas itu barulah menyesal,” ujar Zulkipli Abd Kadir.
"Dari dulu aku tengok jauh tinggalkan gawang gol,pihak lawan mesti tendang jauh…lepas tu alamak," kata Zulkipli Abd Kadir.
"Kelemahan Syihan, suka naik tinggi sangat, kau kan keeper tunggu sajalah si pintu gol tu, yang ko sibuk nak naik atas tu apa pasal.... kang kena buang dgn TMJ," kata Mohd Seth Sariff.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Syihan melakukan kesilapan sama.
Sebelum ini, penjaga gol berusia 29 tahun itu pernah dihukum dalam perlawanan Liga Super menentang Melaka FC apabila penyerang lawan, Abdul Azim Rahim meledak gol cantik dari jarak kira-kira 60 meter pada minit ke-85, sekali gus menghadiahkan gol sagu hati kepada pasukan pelawat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
