Kekuatan tekong-taktikal coach Vietnam berjaya kejutkan Thailand, emas belum tentu dalam genggaman Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 20 Dis 2025

Peluang Malaysia untuk meraih pingat emas dalam acara regu lelaki Sukan SEA semakin cerah.

IMPIAN Thailand untuk mara ke final lebur selepas tewas kepada Vietnam dalam separuh akhir acara regu lelaki sepak takraw Sukan SEA 2025 di Thailand.

Kemenangan mengejutkan pasukan Vietnam itu membuka peluang buat Malaysia untuk menghadapi juara baharu tersebut dalam perlawanan akhir yang dijadualkan pada Sabtu.

Kejayaan Vietnam diraih hasil permainan cemerlang tekong mereka serta taktikal jurulatih yang bijak mencuri mata penting dalam aksi sengit yang berakhir dengan keputusan 2-1 (15-13, 6-15, 15-9).

BACA LAGI: Paroi kembali sunyi, aksi hadapi pencabar Liga Super masih gagal tarik penonton

BACA LAGI: Benjamin Mora kembali bekerja, dikhabar jadi pengendali kelab Indonesia

Perlawanan akhir acara regu lelaki bakal menyaksikan pertembungan menarik antara Malaysia dan Vietnam.

Dalam aksi di Stadium Gimnasium Nakhon Pathom itu, Thailand gagal meneruskan penguasaan emas tiga edisi berturut-turut yang dimenangi sejak Sukan SEA Filipina 2019.

Susulan kemenangan Vietnam, Malaysia dijadualkan bertemu pasukan itu di perlawanan akhir bagi memburu pingat emas.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas acara regu adalah pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, ketika Thailand tidak menyertai acara berkenaan.

Namun begitu, skuad negara dinasihatkan agar tidak memandang rendah kemampuan Vietnam kerana pasukan itu pastinya memiliki strategi tersendiri untuk mencuri mata dalam aksi menentang Malaysia nanti.

“Tekong Vietnam itu padu, jangan ambil mudah, Insya-ALLAH menang,” kata Mohammad Abib Aqif.

“Pesan kepada pemain Malaysia, jangan over confident lawan Vietnam, lawan betul-betul. Semoga kemenangan milik Malaysia,” ujar Fazriqwani Fazriqwani.

“Tekong Vietnam memang mantap, pandai sasaran yang sukar dijangka,” kata Mund Azzim Radzi.

Terdahulu, Malaysia mudah ke final acara regu lelaki selepas menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-0 dalam saingan separuh akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram