[VIDEO] ‘Pandai kau buat lawak’, Jojo terhibur usikan Miki bab umur selepas mara ke final Sukan SEA


  • Podium
  • Rabu, 17 Dis 2025

Miki Ghazali 9kanan) mengesahkan tempat ke final acara lelaki 57 kilogram Sukan SEA 2025 di Thailand selepas menewaskan wakil Laos, Thongbang Seuaphom.

PETARUNG Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar mengesahkan tempat ke final acara lelaki 57 kilogram (kg) Sukan SEA 2025 di Thailand selepas menewaskan wakil Laos, Thongbang Seuaphom dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok pada Selasa.

Beraksi agresif sejak loceng pertama, atlet berusia 16 tahun yang lebih dikenali sebagai Miki itu menguasai pusingan pembukaan apabila memaksa lawannya yang berusia 36 tahun menerima kiraan berdiri, sekali gus memberinya kelebihan mata 10-8.

Miki meneruskan tekanan pada pusingan kedua untuk mendahului 10-9, sebelum Thongbang yang terdesak meningkatkan intensiti serangan pada pusingan ketiga dengan beberapa kombinasi berbahaya dalam usaha mengejar mata.

BACA LAGI: Benjamin Mora kembali bekerja, dikhabar jadi pengendali kelab Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Hidalgo puas diberi peluang, de Marigny hairan tapi enggan kritik pengadil

Bagaimanapun, kelebihan awal yang dimiliki membolehkan Miki mengekalkan penguasaan sehingga tamat perlawanan, sekali gus mengesahkan kemenangan dan tiket ke pentas final.

Kejayaan itu menyaksikan Miki mara ke perlawanan akhir dalam penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan pada temasya dwitahunan berkenaan.

Menarik perhatian ramai, gelagat Miki ketika ditemu bual selepas perlawanan turut mencuit hati penyokong tanah air apabila dia sempat mengusik abangnya, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok milik @notg88ds, Miki dilihat mengajuk kata-kata abangnya yang sebelum ini mencuri tumpuan selepas menewaskan petarung Mexico, Josue Cruz pada kejohanan ONE 168: Denver.

Dalam pertarungan tersebut, Jojo yang ketika itu berusia 17 tahun meluahkan rasa terkejut apabila berjaya menundukkan lawannya yang berusia 28 tahun.

Situasi hampir sama berulang apabila Miki, yang baru berusia 16 tahun mengakui tidak menyangka mampu mara ke final selepas menewaskan lawan berpengalaman berusia 36 tahun, seolah-olah mengulangi detik deja vu dalam keluarga Ghazali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram